Kursus rekacipta laman web adalah inisiatif dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk memberi peluang dan pendedahan kepada IKS tempatan menghasilkan laman web mereka sendiri sebagai satu landasan untuk bersaing dan mempromosikan aktiviti perniagaan mereka melalui teknologi maklumat. SIRIM telah dilantik sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan kursus ini di setiap negeri yang mengambil bahagian.

Program ini bermula pada 2009 dengan jumlah penyertaan dari peserta IKS seramai 56 orang. Sesi tersebut telah diadakan di 4 lokasi yang berbeza iaitu bermula di SIRIM Bukit Jalil, SIRIM P.Pinang, SIRIM Terengganu dan SIRIM Melaka. Sambutan dari para peserta amat memberangsangkan dan memberi pendedahan dalam bidang Teknologi Maklumat yang mengkhusus kepada pembangunan laman web.

MYIKS.COM merupakan sebuah portal interaktif yang mengandungi maklumat - maklumat terkini IKS secara online di seluruh Malaysia.

Penubuhan MYIKS.COM adalah merupakan satu platform dimana seluruh masyarakat Malaysia boleh mendapatkan informasi terkini mengenai IKS tanahair. Selain daripada itu MYIKS.COM juga dapat membantu para usahawan tanahair dalam mempromosikan produk ataupun perniagaan mereka secara meluas ke seluruh Malaysian bahkan ke seluruh dunia. Penyertaan anda ke portal ini amat kami alu - alukan.

Pelbagai modul akan sediakan seperti informasi tentang perniagaan, aktiviti semasa, pameran rekacipta web oleh IKS terbaik dan lain - lain. Bagi yang ingin mempelajari bagaimana membina laman web untuk mempromosikan produk atau perniagaan, membina logo, menerbitkan laman web yang telah dibina dan sebagainya, boleh berbuat demikian dengan menjadi mendaftar ke portal kami.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada 03-8992 6105 untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Ikhlas dari,

Pengurusan, MYIKS.COM
[email protected]











Selanjutnya
Calendar Lihat Kalendar

Pihak KKLW telah memutuskan untuk meneruskan program Rekacipta Laman Web bagi tahun 2011. Ini berikutan sambutan yang baik diterima dari para peserta IKS yang lepas.

 
Copyright (c) 2010. SIRIM Berhad. All rights reserved.